Iklan Top Header PT BKI (Persero)


 

terkini

RESOLUSI MALAYSIA HALAL LOGISTICS CONFERENCE 2.0 (MAHIC 2.0) 2024

29/10/24, 09:49 WIB Last Updated 2024-10-29T02:49:18Z

 



MALAYSIA (ISL News)
- Pada 27 Oktober 2024, dengan berlangsungnya Malaysia Halal Logistics Conference 2.0 diFives Hotel, Johor Bahru, yang diikuti 80 orang peserta yang terdiri daripada pelaku usaha industri, ahli akademik, pelajar, dan wakil individu.


Konferens tersebut telah mencapai persetujuan untuk merumuskan resolusi-resolusi berikut:

1. Memahami bahawa perlaksanaan logistik halal merangkumi aspek kepatuhan syariah yang menyeluruh dengan memastikan sifar kecacatan (zero defect) dalam setiap peringkat rantaian bekalan. 

2. Memastikan tiada unsur gharar sepanjang rantaian bekalan dengan mewujudkan sistem halal yang lengkap dan kukuh (solid system) bagi keupayaan jejak-balik (traceability), sekaligus mengelakkan penipuan maklumat melalui penglibatan yang menyeluruh antara kerajaan-ke-kerajaan (G2G) danpelanggan-ke-pelanggan (C2C).

3. Mengetahui dan mematuhi garis panduan khas yang dikeluarkan oleh badan berkuasa, JAKIM, serta keperluan standard yang ditetapkan bagi memudahkan rujukan untuk semua pihak, termasuk pemohon pensijilan halal.

4. Mengenalpasti dan menyokong skim-skim pensijilan logistik halal, dengan keyakinan bahawa dasar yang dibangunkan melalui garis panduan ini dapat menjaga aspek halalan toyyiban, sejajar dengan keperluan industri.

5. Memastikan setiap pihak mempunyai pengetahuan dan kesedaran penuhmengenai setiap aspek dan elemen halal agar pengurusan logistik berlandaskan prinsip halalan toyyiban.

6. Menyedari bahawa isu-isu kritikal dalam rantaian bekalan halal perlu ditanganisegera untuk mengelakkan unsur-unsur syubhah, demi memastikan integriti produk halal terjamin.

7. Meningkatkan kesedaran orang ramai melalui integrasi logistik halal dalam aplikasi penghantaran makanan, seperti Lalamove, dan kerjasama dengan premis-premis makanan.

8. Membina sistem perisian yang mampu mengenalpasti isu-isu yang berlaku secara langsung bagi memudahkan penyelesaian yang pantas.

9. Mewujudkan platform pemantauan bagi menjejak produk halal secara menyeluruh, di samping menggalakkan kerjasama dan kesedaran semua pihakterhadap aspek integriti halal dalam logistik.


(Redaksi ISL News/email:islnewstv@gmail.com).

Komentar
Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE. #JernihBerkomentar
  • RESOLUSI MALAYSIA HALAL LOGISTICS CONFERENCE 2.0 (MAHIC 2.0) 2024

Terkini

Topik Populer